Saturday, April 22, 2017

pre curhat 🙂

assalamualaikum,

i'm here again. sunyi. alone and i need someone to talk actually but i truly didn't want people to know about my problem. hah? as complicated as that hehe, i nak bercerita tapi taknak details and trust me if we curhat dengan somebody mesti dia akan bengang kalau cerita tak habis kan? so better i will leave all my keluh kesah here. takde orang marah and i dont need to be awkward after i luahkan semua yang i rasa.

last 2 days, i keep browsed my blog, picture, when i was travelling till the first picture me with him when our first met. you know the feeling, when you asked god why? why god put me in this situation, why cant i only have sweet life and the memories will be the most memories ever conpared to what i was felt right now. sometimes i feel likes i really dont know where to start, what should i do, should i keep all of this or i need to delete and removed them from mylife. i sayangkan memories i but sometime this memories its killing me.

i wish i was not in this situation, this is not me and not mylife, tapi Allah dah takdirkan hidup i macam ni, apalah daya i nak menolak takdir yang Allah tetapkan. i know Allah sayangkan sebab tu Allah duga i macam ni, tapi dah 4 bulan. i still cant move on, sometimes i okay, sometimes i was not but i truly hide my feeling sebab i taknak my mom risau. deep inside of me, the scar still bleeding, and will keep bleeding till when, i pun tak pasti.

i berdoa setiap hari, dengan harapan Allah beri i kekuatan untuk melupakan semua ini, i tahu Allah dah rancangkan yang lebih baik buat i, mungkin bukan macam apa yang i nak, tapi apa yang i perlu. Allah maha mengetahui tiap yang ghaib dan tersembunyi compared to manusia yang cuma tahu luaran tidak pada dasarnya.

i akui i sunyi and i missed my old me. orang yang sentiasa ketawa, yang sentiasa positive and selalu tak mudah mengalah but i learned alot within 4 months ni, i belajar yang i tak patut bergantung dengan oranglain tambah2 lagi berkaitan dengan hidup because once they gone, they took together your life with them, and i lost mylife actually. even its totally hard and hurts i will insyaAllah, i will wake up and fight back even i only have myself. i should love myself more than others, i should rely on Allah than others and i should dekatkan diri dengan Allah dalam apa jua situation. i know this dugaan is one of the kifarah dosa yang i buat, i terima sebab Allah tak biar lama, tak biar i jauh, Allah tarik i balik dekat Dia saat sekarang.

i am so pity to him sebab masih hanyut, masih tak tunduk dengan kuasa Allah. tak apalah, i still ada Allah, biarkan apa orang nak cakap, orang nak anaiya and khianati + zalim dengan i, Allah ada, setiap perbuatan kita di dunia ni baik buruk atau baik, Allah akan bagi rewards untuk kita. kalau kita sekarang kat atas tak semestinya kita akan sentiasa di atas, satu hari bila Allah tarik nikmat kita baru kita sedar sebenarnya hidup itu macam roda. kadang2 di atas kadang2 di bawah.



till then.
Share:

Friday, April 21, 2017

my life has change and i'm changing with it

Assalamualaikum,

It's been a while I didn't update any story after final preparation of my wedding. The sad story is I am not married yet. Why? Biarlah Allah sahaja yang tahu. Bukan tak nak cerita tapi mungkin me belum bersedia untuk menceritakan apa yang berlaku. Hal berlaku tanpa di duga. Doa saya semoga Allah sentiasa kuatkan hati saya dan tabahkan hati saya. Saya tak mampu buat apa-apa cuma mampu redha dan berserah dengan apa yang telah Allah tetapkan dan takdirkan buat saya. InsyaAllah I will be better, kalau bukan hari ni mungkin esok dan hari-hari seterusnya.

in trusting Allah, remember that whats best for you might be whats most painful.

Doakan saya kuat. Doakan semoga saya temui kekuatan untuk menempuh hidup baru.
Saya pasti perancangan Allah adalah yang terbaik buat saya. InsyaAllah 😔

Till then.
Share:

Saturday, November 5, 2016

mari bercakap tentang kerja kahwin

assalamualaikum,

firstly ni post kedua untuk tahun 2016, dalam kata tak busy tu, busy la jugak. balik kampung untuk seminggu semata-mata nak selesaikan tenang kerja kahwin. yup! i'm getting married :). cerita bab kahwin ni memang stress, patutlah orang nak kahwin asyik stress. kisah pertama stress i ialah; baju akad nikah ku by designer sendu. :p

actually i just engaged masa bulan 10 haritu, after balik dari UK terus my umi and his mom decide nak satukan kami berdua sebab dengan alasan dah kenal lama. all the preparation untuk bertunang tu memang kelam kabut, nak cari baju, hantaran lagi, lepas tu busy kerja, but alhamdulillah everythings going well macam mana i nak sebab i buat semua :p~ . tempah hantaran dekat makcik nab which is my mom's friend, segala barang hantaran i mostly i dah beli masa g travel just letak atas tu, cake i just beli secret recipe je dengan wondermilk. and the best part are, i masak untuk haritu. nasi minyak + ayam madu + daging masak hitam + jelatah + buah oren and tembikai + sirap selasih sedap. then i just letak carrot cake and my mom masak bubur kacang hijau. my mini dais pun i buat sendiri bukan sebab nak save budget tapi sebab takda orang nak terima i punya tempahan yang tetiba tu :D, terpaksalah beli barang dekat ikea then pasang sendiri. but i really loves my concept sweet and simple.

my mini dais by me :)

ok berbalik kepada tajuk di atas, "baju akad nikah ku by designer sendu" cerita bermula selepas engagement tu, then both families decided nak akad nikah bulan 12 (yup lagi 4 minggu :( ), so apa lagi memang sibuk lah i pergi sana sini cari tailor. dah pergi jakel tapi material sahaja dan RM1600, itu belum termasuk upah tailor yang dekat RM1000 juga :( . i decided nak cari yang readymade je lah and i found satu kedai yang design dia ok sangat and simple. cost me around thousand jugak. after tempah dalam 3 minggu dia call baju dah siap, lepas dapat oh rasa sedih gila sebab size terlampau lah kecik. bila i tanya dia u salah bagi baju ke? dia cakap "oh yer?", so dekat seminggu baru i pergi butik dia balik, bila i pergi then dia ukur baju nampak sangat lah salah size, dia bagi satu baju suruh try then dia lari. boleh?? owner boutique ni famous dekat insta, tapi services ya allah, mengecewakan. indon yang kerja dengan dia mak aii kan main kerek lagi. right now dah seminggu i tak contact si designer sendu tu, sebab i malas + stress dengan borang nikah tak habis isi lagi + tunang i asyik gila keja. semua benda i nak kena buat and which are totally penat.

today i just visit wedding planner dekat sini just to make sure yang tarikh i nak still available, mostly still kosong tapi harga dia bukan dalam budget i. tiga boutique i pergi mostly 5k untuk dewan. yang murah tak berapa cantik, yang cantik mahal nya tuuu fuhhh. tapi esok i nak try cari lagi, and i will update (insyaAllah) bab boutique dekat sini, mana tau boleh help others kan. kerja kahwin memang memenatkan :(



Share:

Friday, October 14, 2016

bukan sapu sesawang tapi re-visit rumah lama :)

well hello blog...... your writer is back :D.

tak tahu actually for good ke apa tapi i miss bloging so much. after i left blogging 2010, i finally finish my diploma and now i just finish degree, convo dalam bulan ni, ohh can't wait and now i'm a bit free, work at home and sometimes tak punya banyak masa, but still nak bloging because i miss story my life with this.

lot's of thing berlaku in my life, i still gagah hahaha and guess what? i'm still single :p. i hope dah takde cerita negatif macam 4 5 tahun lepas yang i wrote dekat blog ni ;p .

till next story.
bye.
Share: